Tuesday, November 30, 2010

HARI RAYA HAJI 2010

17/11/2010
Hari Raya Haji.
Sufiah solat dengan Umi dengan Abi kat Masjid.

Best, masjid besaaaar sangat. Ramainya orang.

Sufiah suka sangat pergi masjid. Ada solat, ada ngaji, ada imam, ada bilal, ada Quran...best!

Tok pun pegi jugak. Tok yang bagi Sufiah telekung solat baru! Terima kasih Tok. Tok baik sangat.

Sufiah nak gambo dengan masjid. Sufiah nak nangis tak nak balik. Sufiah nak solat lagi. Tapi Abi pujuk bergambar dengan Masjid dan botol susu Sufiah.

Lepastu Abi dokong balik rumah... Yeaaaaaa..
Abi kata jalan lecak, nanti telekung dan baju kotor.

Umi dan Abi ajak ziarah pusara Ki. Umi dan Abi doa lama. Sufiah pun aminkan tak henti-henti sampai penat. Ki buat apa kat pusara? Abi jawab apatah, Sufiah tak ingat.

Lepas tu Sufiah nampak Bok ( lembu ). Sufiah nak naik Bok. Tapi Orang ramai tak bagi.

Sufiah nangis semahunya. Tu airmata Sufiah ada lagi tu. Tapi Abi pujuk, bawak kat Bok, usap perlahan-lahan. Sufiah pun tak nangis lagi.

Best Sufiah dapat pegang Bok. Bok baik. Dia kawan Sufiah. Terima kasih Abi bagi pegang Bok.

Wednesday, November 3, 2010

Beraya Kat Sekolah Umi

1/10/2010
Teka ni siapa?

Ni kawan Sufiah. Mak dia kawan Umi. Ayah dia kawan Abi.

Kami jumpa ni masa jamuan hari-hari terakhir Lebaran.

Adik ni makan buah duku tak kupas kulit. Ni Sufiah tengah pesan kat adik ni supaya jangan makan dengan kulit. Bahaya, nanti shakit daghah!!!

Tapi adik ni macam tak faham Sufiah cakap apa. Tak boleh jadi ni. Sufiah kena bertindak nih.

Hiiiiiiaaaaaaaarrrrgghhhh,..... aduuuu beratnyeh!!!

Sufiah Tengok "Hiak"

28/09/10
Assalamualaikum.
Sufiah nak cerita aktiviti Sufiah masa tunggu Umi jemput kami. Sufiah suka tengok "Hiak"! Hiak tu apa? Tak tahu heh? Tu ada kat belakang Sufiah!

Nampak orang tengah hiak-hiak pakai baju kaler putih tu? Tu la suka tengok. Sufiah mintak Abi tunggu sampai Sufiah puas tengok. Dah puas tengok baru ajak Abi masuk bilik guru atau pergi tengok iwak pulak.
Iwak tu apa? Hahaha...... nanti Sufiah cerita masa lain pulak. Tu pun Sufiah suka buat tiap petang dengan Abi.

Ok, nanti Sufiah sambung serita lagi. Sufiah nak tengok Hiak dulu sampai puas. Lepas tu nanti malam Sufiah nak Hiak Abi pulak hehehe... Jaga Abi!!

Friday, August 27, 2010

Pakai Tudung Biar Sempurna


28/05/2010
Umi dan Abi pesan, kalau nak pakai tudung, pakailah dengan sempurna. Jangan pakai tudung semata-mata nak cantik. Jangan pula pakai tudung kerana fesyen. Umi kata kata kita pakai tudung kerana taatkan Allah. Nak jadi perempuan solehah mesti kena taatkan Allah.

Cantik tak Sufiah pakai tudung? Sufiah memang suka pakai tudung. Kalau Sufiah teak pakai tudung nanti Sufiah cakap dengan Abi:
..."Eee...malu tak patai tutun...!"
Nanti Abi pun cakap..."Tau pun!!!"

Lagi Umi kata Tudung biar labuh, tutup bawah paras dada. Jangan sampai nampak bentuk dan susuk tubuh. Walaupun sekadar bentuk, walau bertutup ia tetap aurat. Umi sangat teliti dalam hal menjaga aurat. Abi pula sangat tegas dalam memastikan aurat Umi terpelihara. Sebab Abi kata Abi tak nak ahli keluarganya masuk Neraka. Dan Abi tak nak masuk neraka kerana gagal jaga aurat Umi dan anak-anak.

Senang je pakai tudung. Sarung je...nanti Umi yang betulkan. Hehehe...
Paling best, nanti semua orang kata Sufiah comel! Hehehe... Takpa Sufiah masih kecik, mesti mintak puji sebagai dorongan. Nanti dah besar sufiah kena pakai walaupun orang tak puji.

Sufiah kena pakai tudung labuh... tapi.....

Kenapa tudung Sufiah ni dah macam payung terjun???
Toloooon...!

Wednesday, August 25, 2010

Nenek Tido Rumah Sufiah

26 / 07 / 2010

Nenek datang rumah Sufiah. Tido sini. Best sebab nenek jarang tido sini. Banyak nenek buat bila datang sini. Sufiah pun banyak buat kat nenek masa nenek kat sini.

Tengok nenek. Rajin sangat. Pokok inai nenek tebang. Pokok asam jawa nenek tebang, pokok ubi nenek tebang... Yang nenek tanam pun banyak. Tanam pokok cili, halia, kunyit ubi...

Macam sekejap je nenek duduk sini. Kejap malam kejap dah siang. Main dengan nenek pun tak puas, tapi nenek dah nak balik.

Sufiah gambo dengan nenek sebelum nenek balik, tapi Nyau asyik kacau je. Syuuuuh!!! Tepi...

Nyau tak nak tepi. Dia kata nak gambo dengan nenek sekali. Tak apa kan umi, boleh buat kenangan. Nyau kan kawan Sufiah. Takda Nyau, siapa lagi Sufiah nak pukul, nak campak dalam longkang, nak tarik ekor, nak picit perut nyau sampai ter****k!!!

Eh...Sufiah dah terpukul Nyau... hehehe... kesian Nyau. Tak apa kan Nyau. Nanti kalau Abi dengan Umi tak nampak, Sufiah main dengan Nyau lagi heh...

Nenek, datang lah lagi rumah Sufiah. Nenek masak best! Nanti boleh suap Sufiah lagi...


Friday, June 4, 2010

UMI HADIAHKAN "BEG SEKOLAH"

09/05/2010

Umi hadiahkan Sufiah "Beg sekolah". Dah lama Sufiah idamkan. Selalu kalau jalan-jalan kalau ternampak beg macam ni, Sufiah cuma kata "eee...catiiiik. Babai beg cantik". Sufiah tak pernah merengek.


Alhamdulillah. Bila Sufiah sabar, Allah tambahkan rahmat dan nikmat. Bestnye Sufiah dapat beg sekolah. Sufiah tak mau tanggalkan beg ni untuk beberapa jam. Best. Boleh tunjukkan kat Mama. Nanti Sufiah tak nangis lagi pegi rumah Mama.

Bila dapat beg ni, Sufiah selalu ajak abi pegi sekolah (round Sek. Rendah Hidayah ). Puas satu sekolah pusing, baru ikut abi masuk bilik guru. Tapi sebelum tu ada syarat satu lagi sebelum masuk bilik guru... tengok iwak dan air banyak dulu!!! :P
( Hari lain kita cerita )
TERIMA KASIH UMI
Sufiah akan jaga beg ni baik-baik.
Sayang Umi!
Sufiah akan tetap sayang Umi walaupun Umi tak bagi beg cantik macam ni. :D

Belajar Tembak Nyau

6/5/2010

Kali ni Abi ajar Sufiah "JIHAD". Sufiah pun tak tahu jihad tu kuih apa.
Yang Sufiah tahu, pegang betul-betul pastu "BENG"!
Sufiah tembak Nyau (kucing) yang selalu masuk rumah. Ni rumah Sufiah, Nyau mana boleh masuk.
Bila Nyau masuk, Sufiah kejar dengan "BENG" ni.
BENG...BENG...BENG
Hah... dah habis tembak Nyau... penat... berat!
Upsss... POLIS? Pakcik Polis, ni BENG plastik... jangan tembak Sufiah heh.
Abi kata orang Islam kena tahu semua perkara, sehingga perkara senjata pun kena tahu. Sebab kita diamanahkan oleh Allah untuk jaga agama kita. Kalau banyak tak tahu, orang kafir akan tindas kita. Kita kena tolong saudara Islam kita. Abi kata kat Palestin dari abi seusia Sufiah sampai Abi dah tua, Palestin masih tak aman. Siapa yang kena tolong mereka? Abi kata kitalah yang sepatutnya tolong mereka...

Sufiah Ajar Ngaji


6/5/2010

Sufiah ajar ngaji kat kawan-kawan Sufiah. Abi dan Umi kata ngaji bagus. Ajar ngaji lagi bagus. Buat masa ni Sufiah ajar ngaji kat 4 kawan Sufiah.


Itu dia, Spanbob, Asad, Kiko dan Bear. Semua duduk diam je masa Sufiah ajar. Senang ajar mereka. Tak banyak kerenah macam Sufiah jugak :P
Semua tengok apa yang Sufiah ajar kat depan ni.

Tengok alat penunjuk yang Sufiah gunakan. Canggih kan? Hehehe ;D

Untuk Kiko dan Bear, Sufiah ajar tulis-tulis kat kertas ( Abi kata nak tulis mesti kat kertas, jangan tulis kat dinding, tak bagus. Sufiah pernah tertulis kat dinding sekali je, itupun dah mintak maaf dengan Abi ). Hehehe

Sufiah bergambar dengan anak murid. Alaaa, kawan-kawan Sufiah juga. Eeee...malulah Abiiii...

Hehehe...
Ini video rakaman Sufiah ajar Ngaji... Abi niiii... malu Sufiah tau!

Saturday, April 17, 2010

Tengok Abi Main Kompang

Sufiah datang dengan Umi. Abi ajak tengok kompang. Kuat betul bunyi dia. Abang-abang yang pukul pun ramai.
Makanan banyak sangat kat sini. Tapi Sufiah makan ais krim 2 kotak je. Itupun kakak Faqihah dan kakak-kakak yang ramai tu yang suap. Lagi Sufiah cuma minum air 2 cawan je, dengan makan sampai buncit sikit je. Itupun kakak-kakak asrama SMIH yang suap tak henti-henti.
Kat sini Abi suruh abang-abang kompang berkumpul bila dah kenyang makan! Hehehe

Perkara Yang Sufiah Fikirkan

Buat masa ini, inilah antara perkara yang selalu Sufiah ulang-ulang sebut, dan minta Abi lukis:


Dari atas;
1. Masjid
2. Besaaaaar punyaaaa!!! (iklan tv)
3. Amar (teruna Ustaz Iswan)
4. Baby
5. Kecil-kecil cili padi! (iklan tv)

Catatan Sufiah

Ini catatan terbaru Sufiah :





(* Tapi Abi minta maaf, Abi tak dapat translate apa yang Sufiah tulis. Jadi ABi scan je catatan ni...Hehehe*)

Tuesday, January 5, 2010

HADIAH BUAT SUFIAH


Assalamualaikum Sufiah Hayati...

Hari ini merupakan ulang tahun Sufiah yang kedua. Tiada apa yang abi dapat berikan sebagai hadiah selain doa. Di samping itu, abi juga hadiahkan Sufiah sebuah "blog" yang comel untuk Sufiah uruskan sendiri mengikut kebijaksanaan puteri abi ni.

Harapan abi agar blog ini menjadi salah satu dari wadah untuk Sufiah berdakwah dan berkongsi ilmu dengan masyarakat di luar sana. Semoga ia memberikan manfaat buat puteri kesayangan abi ni.