Wednesday, April 6, 2011

HARI PERTAMA TANPA PAMPERS

30/11/2010
Hari ni hari pertama Abi ajar Sufiah supaya qada' hajat kat tandas.
Abi kata kat tandas ada "MANGKUK AJAIB"!!!
Best... kejap ada, kejap tak ada... memang ajaib!
Sufiah tak pakai lampin. Abi kata Sufiah dah besar.


Tapi Sufiah rasa lain sangat!!! Geliiiii!!!!

Abi kata, kalau rasa nak buang air, panggil Abi.
Cakap, Abi Sufiah nak qada' hajat!!!
Nanti Abi kata Abi akan bawak ke mangkuk ajaib!

Tiba-tiba, Sufiah rasa nak qada' hajat!!!
Sufiah jerit kuat-kuat.....
"Abiiii....Sufiah nak qada' hajat!!!...."
Tapi....
Sufiah tak tahan....
.... SSSSSSSSSSSSSSS.....
Abi ... Sufiah mintak maaf.
Abi jangan marah ya...
Nanti Sufiah cuba lagi...! :(

(Tak apa anakku, itu adalah perkara yang dilalui oleh semua orang. Sufiah baru nak masuk 3 tahun. Tak apa, Abi tak marah. Cuma Abi kena mulakan, dan Abi kena bagitahu Sufiah perkara yang salah kita kena betulkan. Alhamdulillah, Sufiah cuma "kalah" 3 kali je sepanjang sesi latihan tanpa pampers. Kalau dulu sebulan 3 pek besar, sekarang hanya tidur malam saja pakai, hanya 1 pek besar sebulan tu pun tak habis...,. Terima kasih Sufiah...Abi)

Sufiah Bersolek Macam Pelakon Opera

29/11/2010
Umi tak ada kat rumah.
Umi pegi belajar kat sekolah cikgu.
Sufiah duduk dengan Abi kat rumah.
Kesian Abi penat buat kerja dan jaga Sufiah.
Sufiah tak suka kacau Abi.
Jadi Sufiah buat kerja sendiri.
Sufiah dengan KIKO main solek-solek.

Wangi sangat. KIKO pun wangi sangat!!! Abi mesti suka. Umi mesti suka.
Sebab wangi dan cantik sangat.
Kat tangan pun mesti cantik. Mesti wangi!
Sufiah tau Abi mesti tak tahu. Abi dah kat depan pun bukan Sufiah perasan!!!
Eh!!!!
Abiiiiilaaaaa....!
Abi, janganla marah Sufiah,... Sufiah cuma tak nak ganggu Abi.
Sufiah cuma main dengan KIKO je.
Sufiah mintak maaf Abi...
( Abi tak marah nak... Abi tahu Sufiah tengah mengeksplore, tengah nak berkembang. Tapi Sufiah kena tahu, main bedak Umi tak bagus nak. Membazir. Abi cuma tak nak Sufiah membazir ya sayang... :D )


Saya Suka Duduk Dalam Bonet Gen2

22/11/2010
Abi,... Sufiah nak masuk dalam tu. Abi tolong dukungkan Sufiah. Sufiah nak masuk. Tima kacih Abi... Abi baaaaaaaiiik sangat!

Tapi Abi jangan jauh-jauh, tunggu kat sini je!!! Boleh tak Abi?
Abi jangan pegi mana-mana tau! Sufiah nak duduk main ngan Bear ni kejaaaap je tau!!!


(Suka betul dia duduk kat dalam tu. Tapi tak pernah biasakan dia duduk kat situ. Bahaya. Kotor pun kat dalam tu. Tapi sekali dua dengan pantauan, tak mengapa. Kita ajar dia tau bahaya...Abi)

Tuesday, November 30, 2010

HARI RAYA HAJI 2010

17/11/2010
Hari Raya Haji.
Sufiah solat dengan Umi dengan Abi kat Masjid.

Best, masjid besaaaar sangat. Ramainya orang.

Sufiah suka sangat pergi masjid. Ada solat, ada ngaji, ada imam, ada bilal, ada Quran...best!

Tok pun pegi jugak. Tok yang bagi Sufiah telekung solat baru! Terima kasih Tok. Tok baik sangat.

Sufiah nak gambo dengan masjid. Sufiah nak nangis tak nak balik. Sufiah nak solat lagi. Tapi Abi pujuk bergambar dengan Masjid dan botol susu Sufiah.

Lepastu Abi dokong balik rumah... Yeaaaaaa..
Abi kata jalan lecak, nanti telekung dan baju kotor.

Umi dan Abi ajak ziarah pusara Ki. Umi dan Abi doa lama. Sufiah pun aminkan tak henti-henti sampai penat. Ki buat apa kat pusara? Abi jawab apatah, Sufiah tak ingat.

Lepas tu Sufiah nampak Bok ( lembu ). Sufiah nak naik Bok. Tapi Orang ramai tak bagi.

Sufiah nangis semahunya. Tu airmata Sufiah ada lagi tu. Tapi Abi pujuk, bawak kat Bok, usap perlahan-lahan. Sufiah pun tak nangis lagi.

Best Sufiah dapat pegang Bok. Bok baik. Dia kawan Sufiah. Terima kasih Abi bagi pegang Bok.

Wednesday, November 3, 2010

Beraya Kat Sekolah Umi

1/10/2010
Teka ni siapa?

Ni kawan Sufiah. Mak dia kawan Umi. Ayah dia kawan Abi.

Kami jumpa ni masa jamuan hari-hari terakhir Lebaran.

Adik ni makan buah duku tak kupas kulit. Ni Sufiah tengah pesan kat adik ni supaya jangan makan dengan kulit. Bahaya, nanti shakit daghah!!!

Tapi adik ni macam tak faham Sufiah cakap apa. Tak boleh jadi ni. Sufiah kena bertindak nih.

Hiiiiiiaaaaaaaarrrrgghhhh,..... aduuuu beratnyeh!!!

Sufiah Tengok "Hiak"

28/09/10
Assalamualaikum.
Sufiah nak cerita aktiviti Sufiah masa tunggu Umi jemput kami. Sufiah suka tengok "Hiak"! Hiak tu apa? Tak tahu heh? Tu ada kat belakang Sufiah!

Nampak orang tengah hiak-hiak pakai baju kaler putih tu? Tu la suka tengok. Sufiah mintak Abi tunggu sampai Sufiah puas tengok. Dah puas tengok baru ajak Abi masuk bilik guru atau pergi tengok iwak pulak.
Iwak tu apa? Hahaha...... nanti Sufiah cerita masa lain pulak. Tu pun Sufiah suka buat tiap petang dengan Abi.

Ok, nanti Sufiah sambung serita lagi. Sufiah nak tengok Hiak dulu sampai puas. Lepas tu nanti malam Sufiah nak Hiak Abi pulak hehehe... Jaga Abi!!

Friday, August 27, 2010

Pakai Tudung Biar Sempurna


28/05/2010
Umi dan Abi pesan, kalau nak pakai tudung, pakailah dengan sempurna. Jangan pakai tudung semata-mata nak cantik. Jangan pula pakai tudung kerana fesyen. Umi kata kata kita pakai tudung kerana taatkan Allah. Nak jadi perempuan solehah mesti kena taatkan Allah.

Cantik tak Sufiah pakai tudung? Sufiah memang suka pakai tudung. Kalau Sufiah teak pakai tudung nanti Sufiah cakap dengan Abi:
..."Eee...malu tak patai tutun...!"
Nanti Abi pun cakap..."Tau pun!!!"

Lagi Umi kata Tudung biar labuh, tutup bawah paras dada. Jangan sampai nampak bentuk dan susuk tubuh. Walaupun sekadar bentuk, walau bertutup ia tetap aurat. Umi sangat teliti dalam hal menjaga aurat. Abi pula sangat tegas dalam memastikan aurat Umi terpelihara. Sebab Abi kata Abi tak nak ahli keluarganya masuk Neraka. Dan Abi tak nak masuk neraka kerana gagal jaga aurat Umi dan anak-anak.

Senang je pakai tudung. Sarung je...nanti Umi yang betulkan. Hehehe...
Paling best, nanti semua orang kata Sufiah comel! Hehehe... Takpa Sufiah masih kecik, mesti mintak puji sebagai dorongan. Nanti dah besar sufiah kena pakai walaupun orang tak puji.

Sufiah kena pakai tudung labuh... tapi.....

Kenapa tudung Sufiah ni dah macam payung terjun???
Toloooon...!